Jumat, 03 April 2009

S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma
lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu
mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang
wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan
melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut. Adakah kentut
lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik
menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau
yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu
yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan
yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.
S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di
dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik,
satu rumah akan dengar.
S: Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
J: Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose,
stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta
makan dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah seperti jagung,
kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk
menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu
mampu menghasilkan kentut yang banyak.
S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api
boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh
terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku
daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar.
Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu
tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana
cuba untuk menyalakan kentut dengan api.
S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
J: Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu.
Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan
kentut.
S: Adakah kura-kura kentut?
J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut
kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan
Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila
diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu
senjata.
S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah
anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan
bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama
banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai
turut menyumbang kepada pemanasan global.
S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui
sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau
larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat
pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut"
(fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan
daripada gas atau cairan.
S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas,
dan bukannya benda yang lebih hebat?
J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil
lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.
S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi
lebih busuk?
J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem
penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah
telan gas kentut orang lain..

0 komentar: